Hamutaro

Tuesday 26 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK


KEMAHIRAN GENERIK

DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

  • Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki 
  • Kemahiran generik berunsurkan kemahiran kecekapan dan keterampilan.
  • Antara jenis kemahiran generik termasuklah: 
  1. kemahiran belajar
  2. kemahiran berfikir
  3. kemahiran berkomunikasi
  4. kemahiran teknologi maklumat
  5. kemahiran memudah cara

KEMAHIRAN BERFIKIR


Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Pemikiran ialah proses mengunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami





 “ Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfill a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.”




KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
  • Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati.
  • Berfikir bertujuan mencari makna.
  • Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yang bernas.
  • John Dewey mendefinisikan berfikir sebagai operasi yang menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk mencadangkan fakta yang lain supaya fakta yang baru dapat dipercayai berdasarkan fakta yang sedia ada.
  • Kemahiran berfikir terdiri daripada 2, iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.

PRINSIP KEMAHIRAN BERFIKIR

  • Sentiasa bersikap kostektif iaitu mempunyai sikap positif bagi semua jenis kemahiran berfikir dan elakkan dari bersikap negatif.
  • Berfikir secara perlahan-lahan dan sentiasa berfikir secara mudah.
  • Melupakan rasa ego, 
  • Sentiasa menukar arah otak kita berfikir iaitu, bila kita perlukan berfikir secara logik, kreatif dan lateral. Kita juga perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputus
  •  Perlu mengambil kira emosi dan perasaan orang lain serta diri sendiri sewaktu berfikir.               



Kepentingan Kemahiran Berfikir


  • dapat mengelakkan kesilapan berfikir
  • dapat meningkatkan pemikiran secara kritis dan kreatif
  • dapat memperkembangkan daya intelek
  • dapat merealisasikan wawasan 2020
  • kepentingan berfikir penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan menangani masalah kerana melaluinya kita dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan.
  • kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang dipelajari dengan lebih produktif.

                 


KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

1. Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.

2. Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik.
  •  Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai
  •  Keputusan yang dihasilkan lebih bijak.
  •  Perkara dapat dikaji lebih mendalam.
  •  Kritikan yang dibuat lebih membina.



3.      Memperkembangkan daya intelek.

4.      Mengelakkan kesilapan berfikir




ALAT-ALAT BERFIKIR (Cognitive Research Trust 1)


Alat Cort 1

  • diperkenalkan oleh Edward de Bono (1997)
  • dicipta merangkumi pemikiran kreatif dan kritis
  • terdapat 7 jenis alat berfikirdalam proses berfikir untuk meluaskan persepsi sebelum membuat keputusan
  • menggunakan konsep literal thinking (meluaskan pandangan) dan vertical thinking (melihat secara mendalam)
  • bertujuan untuk meluaskan persepsi (pandangan seseorang itu) tentang sesuatu idea dan dapat membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dengan berkesan.


1BAIK, BURUK DAN MENARIK (PLUS MINUS INTERESTING) -PMI


  • B- BAIK (PLUS) : Perkara yang difikirkan baik bagi bagi sesuatu idea
  • B- BURUK (MINUS) : Perkara yang difikirkan tidak baik bagi sesuatu idea
  • M- MENARIK (INTERESTING) : Perkara yang tidak termasuk dalam plus dan minus tetapi menarik tentang sesuatu idea.
Contohnya, semua pelatih IPG tidak dibenarkan menggunakan motosikal di kawasan IPG. kita perlu fikirkan 3 aspek yang dicadangkan oleh alat ini, iaitu dari segi baik, buruk dan menarik. 
Dari segi baik ialah dapat mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan bunyi bising yang selalu mengganggu pembelajaran.
Manakala, dari segi buruk pula ialah pergerakan sebahagian pelatih menjadi lambat dan pembaziran berlaku kepada pelatih yang sudah mempunyai motosikal.
dari segi menarik pula termasuklah ramai pelatih yang akan menggunakan basikal dan ini baik untuk kesihatan.

2) AMBIL KIRA SEMUA FAKTOR (CONSIDER ALL FACTORS) -CAF
  • CAF adalah mengambil kira semua faktor
  • CAF digunakan oleh seseorang untuk meluaskan sudut pandangan
  • CAF dapat membantu seseorang mengarahkan minda ke arah yang penting
3) KESAN MENGIKT JANGKA MASA (CONSEQUENCES AND SEQUEL) -C&S
  • Tujuan berfikir adalah untuk menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan serta meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
  • Mengikut C&S setiap apa yang kita lakukan hendaklah difikirkan kesannya menurut 4 peringkat masa iaitu jangka masa serta merta, jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  • Dalam membuat sesuatu dasar, peraturan, peralatan atau apa sahaja inovasi, kita perlu menggunakan alat C&S agar sesuatu itu sesuai sepanjang masa.


Sebelum mengenali alat cort 1 yang seterusnya, mari kita saksikan video ini terlebih dahulu........





4) TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF (AIMS, GOALS AND OBJECTIVES) -AGO
  • AGO membantu kita menentukan halatuju bagi sesuatu yang kita lakukan serta memberi penekanan dengan idea yang dicadangkan.
  • Tujuan berfikir adalah untuk sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
  • matlamat kita dan orang lain mungkin berbeza.
5) UTAMA, PENTING, PRIORITI (FIRST, IMPORTANT, PRIORITIES) -FIP
  • untuk tujuan ini, kita terpaksa memilih sebahagian sahaja dan meninggalkan sebahagian lain
  • FIP mengambil kira perkara-perkara yang penting serta dapat menentukan prioriti.
  • selain itu, elakkan perkara yang tidak patut diutamakan merupakan teknik FIP.

        6) ALTERNATIF, KEMUNGKINAN DAN PILIHAN (ALTERNATIVES, POSSIBILITIES AND CHOICES) -APC


  •          APC membantu memikirkan beberapa perkara dengan serentak serta dapat menentukan pilihan yang terbaik. 
  •        Melalui APC juga dapat mengelakkan pemikiran sehala sahaja.
  •        mencari dan memikirkan alternatif kemungkinan dan pilihan mengenai sesuatu perkara.

          7) PANDANGAN ORANG LAIN (OTHER PEOPLE'S VIEW) -OPV
  •       Tujuan berfikir melalui OPV termasuklah mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan. 
  •       Selain itu, dapat mengelakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.
  •       Kita perlu mnedengar sudut pandang orang lain sebelum membuat keputusan

           KESIMPULAN
          
              Secara kesimpulannya, alat-alat pemikiran berfungsi membantu kita berfikir serta merupakan tetangga yang digunakan untuk melatih kemahiran berfikir. Apabila kita sudah mahir, kita tidak perlu bergantung sangat pada alat-alat ini lagi kerana kaedah berfikir sudah dibatinkan dan boleh dikesan secara mental dan automatik sahaj apabila diperlukan. 
       

        Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kemahiran berfikir, saksikanlah.......





SEKIAN SAHAJA DARIPADA SAYA. SEMOGA PENGISIAN INI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU ANDA DALAM MENGENALI TENTANG KEMAHIRAN GENERIK TERUTAMANYA YANG BERKAITAN DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR DENGAN LEBIH MENDALAM. SEKIAN TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI DALAM BLOG YANG SETERUSNYA.






DISEDIAKAN OLEH: AMIRATUL SYAFAAH BINTI ABDUL WACHID 



UNIT BNK PPISMP SEMESTER 1


IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG


ENJOY YOURSELF AND BE HAPPY....
😃😃😃😃😃 


No comments:

Post a Comment