Hamutaro

Wednesday 27 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK :

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Kemahiran generik adalah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang sebagai pengamal dalam bidang akademik, pekerjaan, dan kehidupan. Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 



Kemahiran generik yang telah dipilih untuk kajian ialah kemahiran komunikasi. Proses komunikasi adalah suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri, dengan orang lain dan juga dengan persekitarannya. Komunikasi juga merupakan satu bentuk pindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan, organisasi (penerima) melalui media atau saluran tertentu.  Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, memindahkan maklumat, idea, dan sikap daripada seseorang kepada idea, dan sikap daripada seseotang kepada seseorang.





Proses komunikasi amat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada individu lain.  Proses komunikasi akan berjalan lancar apabila kedua-dua belah pihak dapat memenuhi kriteria berikut:

a)    Mengetahui latar belakang masing-masing
b)    Memiliki minat, prinsip fikiran yang sama
c)    Bersikappositif dalam menerima pendapat dan pandangan 
d)    Menghormati pasangan interaksi tanpa mengira status sosial/ekonomi







Terdapat dua jenis komunikasi iaitu 
  • komunikasi intrapersonal
  • komunikasi interpersonal 


                          



  

1)     Komunikasi interpersonal


Kemahiran interpersonal ialah proses berinteraksi dengan orang lain. Orang lain yang dimaksudkan termasuklah individu lain, pasangan lain dan kumpulan lain. Interaksi boleh berlaku secara bersemuka (verbal dan non verbal) atau dengan pelbagai saluran seperti telefon, radio dan tayangan video. Menurut Wright, W.R. (1960) komunikasi interpersoanl wujud dalam empat perspektif iaitu

a.   Komunikasi hubungan
Penghantardan penerima maklumat bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi

b.   Komunikasi konteks
Perhubungan yang berlaku di antara dua orang dalam situasi yang tertentu

c.   Komunikasi kuantatif
Perhubungan yang arkab dalam proses komunikasi yang melibatkan perhubungan antara keluarga, sahabat karib dan isu-isu peribadi

d.   Komunikasi strategi
Komunikasi interpersonal berkesudahan dengan tindak balas (feed back) yang diberikan oleh komunitator yang biasanya terhasil secara spontan.




KEPENTINGAN KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU


                  I.        Kemungkinan maklumat kita didengar oleh penerima adalah lebih besar
                 II.        Maklum balas yang boleh didapati dengan serta-merta sama ada dalam bentuk positif atau negatif
                III.        Penyampaian maklumat dapat dinyatakan dengan perasaan, emosi, keyakinan dan kejujuran
               IV.        Menyesuaikan gaya bahasa dan penyampaian dengan latar belakang, tingkat pengetahuan dan kehendak penerima.
               V.        Kita dapat membuat hubungan peribadi dengan pendengar secara menambahkan emosi yang berpengaruh.


2)  Komunikasi intrapersonal

Komunikasi intrapersonal adalah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang yang melibatkan seorang komunitator tau komunikasi sehala.  Gail E.Myers(1992) dalam bukunya The Dynamics of Human Communication a Laboratory Approach, menyatakan apa yang terjadi dalam diri manusia, apa yang mereka fikirkan, rasakan, reaksi, khayalan, dan mimpi merupakan dimensi yang luas terhadap bidang intrapersonal.






konsep asas komunikasi intrapersonal :



  • Konsep kendiri- menyentuh bagaimana imej/ keperibadian kita kepada orang lain. Kebiasaannya individu yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi akan memiliki konsep yang lebih baik
  • Kesedaran diri - bagaimana kita mengenali diri sendiri.  Seseorang yang mahu memahami situasi sesebuah komunikasi perlu memahami kedudukan situasi ini kepada dirinya sendiri dan orang lain. 
  • Estim kendiri - bagaimana kita menghargai diri sendiri dan tanggapan kita terhadap nilai dan harga diri sendiri dan orang lain
  • Pendedahan diri - bagaimana kiata mengeluarkan maklumat dan kata-kata tentang diri sendiri daripada yang umum dan rahsia kepada orang lain. 

Menurut Abdul Mu'ati (2001) terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi komunikasi intrapersonal seseorang : 



  • Peranan sosial dan institusi kekeluarhaan serta sistem sosial masyarakat.
  • Ciri sosial individu seperti sikap tegas, mesra, peramah dan empati
  • Bakat individu dalam bidang tertentu seperti muzik, seni dan sukan
  • Kepercayaan individu terhadap agama, semangat patriotisme dan berpendidikan.
  • Kapasiti intelektual individu yang mungkin bersifat logik, reflektif atau spekulatif.
  • Perasaan seseorang seperti gembira, sedih, marah, benci atau kecewa.
  • Penampilan diri individu yang mencerminkan kesihatan diri, kesegaran pemikiran, cermat dan bergaya.




Proses komunikasi turut menerima halangannya. Antaranya ialah:

  • Latar belakang sosiobudaya
  • Tidak mempunyai ilmu pengetahuan
  • Penampilan 
  • Sikap dan emosi penerima
  • Perhatian
  • Umur(kanak-kanak)
  • Jantina
  • Status sosial
  • Perbezaan membuat persepsi
  • Perbezaan bahasa dan budaya
  • Pengetahuan sedia ada
  • Ksihatan-deria lihat, dengar, rasa dan bau



  








Tuesday 26 September 2017

KEMAHIRAN GENERIK


KEMAHIRAN GENERIK

DEFINISI KEMAHIRAN GENERIK

  • Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki 
  • Kemahiran generik berunsurkan kemahiran kecekapan dan keterampilan.
  • Antara jenis kemahiran generik termasuklah: 
  1. kemahiran belajar
  2. kemahiran berfikir
  3. kemahiran berkomunikasi
  4. kemahiran teknologi maklumat
  5. kemahiran memudah cara

KEMAHIRAN BERFIKIR


Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Pemikiran ialah proses mengunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami