KEMAHIRAN GENERIK :
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Kemahiran generik adalah kemahiran yang diperlukan oleh pelajar selain akademik untuk menjadi lebih berjaya dan cemerlang sebagai pengamal dalam bidang akademik, pekerjaan, dan kehidupan. Kemahiran generik merupakan satu kemahiran yang penting dan wajib diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kemahiran generik yang
telah dipilih untuk kajian ialah kemahiran komunikasi. Proses komunikasi adalah
suatu proses yang berkaitan dengan tindakan manusia dengan dirinya sendiri,
dengan orang lain dan juga dengan persekitarannya. Komunikasi juga merupakan
satu bentuk pindahan maklumat daripada seseorang, kumpulan, organisasi
(penerima) melalui media atau saluran tertentu. Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) komunikasi ialah seni
komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, memindahkan maklumat, idea, dan
sikap daripada seseorang kepada idea, dan sikap daripada seseotang kepada
seseorang.
Proses komunikasi amat penting dalam
menyampaikan sesuatu mesej kepada individu lain. Proses komunikasi akan
berjalan lancar apabila kedua-dua belah pihak dapat memenuhi kriteria berikut:
a) Mengetahui
latar belakang masing-masing
b) Memiliki minat, prinsip fikiran yang sama
c) Bersikappositif dalam menerima pendapat dan pandangan
d) Menghormati pasangan interaksi tanpa mengira status sosial/ekonomi
1) Komunikasi interpersonal
b) Memiliki minat, prinsip fikiran yang sama
c) Bersikappositif dalam menerima pendapat dan pandangan
d) Menghormati pasangan interaksi tanpa mengira status sosial/ekonomi
Terdapat dua jenis komunikasi iaitu
- komunikasi intrapersonal
- komunikasi interpersonal
1) Komunikasi interpersonal
Kemahiran
interpersonal ialah proses berinteraksi dengan orang lain. Orang lain yang
dimaksudkan termasuklah individu lain, pasangan lain dan kumpulan lain.
Interaksi boleh berlaku secara bersemuka (verbal dan non verbal) atau dengan
pelbagai saluran seperti telefon, radio dan tayangan video. Menurut Wright,
W.R. (1960) komunikasi interpersoanl wujud dalam empat perspektif iaitu
a. Komunikasi hubungan
a. Komunikasi hubungan
Penghantardan penerima maklumat
bekerjasama serentak dalam membentuk kefahaman komunikasi
b. Komunikasi konteks
b. Komunikasi konteks
Perhubungan yang berlaku di antara dua
orang dalam situasi yang tertentu
c. Komunikasi kuantatif
c. Komunikasi kuantatif
Perhubungan yang arkab dalam proses
komunikasi yang melibatkan perhubungan antara keluarga, sahabat karib dan
isu-isu peribadi
d. Komunikasi strategi
d. Komunikasi strategi
Komunikasi interpersonal berkesudahan
dengan tindak balas (feed back) yang
diberikan oleh komunitator yang biasanya terhasil secara spontan.
KEPENTINGAN KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU
|
I.
Kemungkinan
maklumat kita didengar oleh penerima adalah lebih besar
II.
Maklum
balas yang boleh didapati dengan serta-merta sama ada dalam bentuk positif atau
negatif
III.
Penyampaian
maklumat dapat dinyatakan dengan perasaan, emosi, keyakinan dan kejujuran
IV.
Menyesuaikan
gaya bahasa dan penyampaian dengan latar belakang, tingkat pengetahuan dan
kehendak penerima.
V.
Kita
dapat membuat hubungan peribadi dengan pendengar secara menambahkan emosi yang
berpengaruh.
2)
Komunikasi intrapersonal
Komunikasi intrapersonal adalah
komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang yang melibatkan seorang
komunitator tau komunikasi sehala. Gail
E.Myers(1992) dalam bukunya The Dynamics of Human Communication a Laboratory
Approach, menyatakan apa yang terjadi dalam diri manusia, apa yang mereka
fikirkan, rasakan, reaksi, khayalan, dan mimpi merupakan dimensi yang luas
terhadap bidang intrapersonal.
konsep asas komunikasi intrapersonal :
Menurut Abdul Mu'ati (2001) terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi komunikasi intrapersonal seseorang :
konsep asas komunikasi intrapersonal :
- Konsep kendiri- menyentuh bagaimana imej/ keperibadian kita kepada orang lain. Kebiasaannya individu yang mempunyai ilmu pengetahuan tinggi akan memiliki konsep yang lebih baik
- Kesedaran diri - bagaimana kita mengenali diri sendiri. Seseorang yang mahu memahami situasi sesebuah komunikasi perlu memahami kedudukan situasi ini kepada dirinya sendiri dan orang lain.
- Estim kendiri - bagaimana kita menghargai diri sendiri dan tanggapan kita terhadap nilai dan harga diri sendiri dan orang lain
- Pendedahan diri - bagaimana kiata mengeluarkan maklumat dan kata-kata tentang diri sendiri daripada yang umum dan rahsia kepada orang lain.
Menurut Abdul Mu'ati (2001) terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi komunikasi intrapersonal seseorang :
- Peranan sosial dan institusi kekeluarhaan serta sistem sosial masyarakat.
- Ciri sosial individu seperti sikap tegas, mesra, peramah dan empati
- Bakat individu dalam bidang tertentu seperti muzik, seni dan sukan
- Kepercayaan individu terhadap agama, semangat patriotisme dan berpendidikan.
- Kapasiti intelektual individu yang mungkin bersifat logik, reflektif atau spekulatif.
- Perasaan seseorang seperti gembira, sedih, marah, benci atau kecewa.
- Penampilan diri individu yang mencerminkan kesihatan diri, kesegaran pemikiran, cermat dan bergaya.
Proses komunikasi turut menerima halangannya. Antaranya ialah:
- Latar belakang sosiobudaya
- Tidak mempunyai ilmu pengetahuan
- Penampilan
- Sikap dan emosi penerima
- Perhatian
- Umur(kanak-kanak)
- Jantina
- Status sosial
- Perbezaan membuat persepsi
- Perbezaan bahasa dan budaya
- Pengetahuan sedia ada
- Ksihatan-deria lihat, dengar, rasa dan bau